Demonstrasi Dan PKR Tidak Dapat Dipisahkan - Rafizi...INilah Cara PEmbangkang Untuk MEngalih Perhatian

DAMANSARA 3 Sept - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menegaskan akan mengerahkan tenaga rakyat untuk turun ke jalanan sekali lagi berdemonstrasi membantah Akta Hasutan sepertimana yang dilakukan ketika kempen Blackout 505, tahun lalu.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, kempen kali ini akan bekerjasama dengan beberapa badan pertubuhan kerajaan (NGO) bagi mendesak akta tersebut dihapuskan.

"Demonstrasi dan PKR tidak dapat dipisahkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertuduhan yang dikenakan terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat di bawah akta tersebut ekoran beberapa kenyataan yang dikeluarkan mereka sebelum ini.

Mereka termasuk Rafizi sendiri, N Surendran (Padang Serai), Tian Chua (Batu), Khalid Samad (Shah Alam), Tersa Kok (Seputeh) dan RSN Rayer (ADUN Seri Delima).

Menurut Rafizi, tuntutan utama dalam kempen membantah Akta Hasutan tersebut adalah bagi mendesak akta tersebut dimansuhkan dan kesemua yang dituduh mengikut akta tersebut digugurkan pertuduhan.

Jelas beliau, segala usaha untuk memperkenalkan mana-mana peruntukan seperti Akta Hasutan juga akan ditentang.

"Kita ingin ingatkan kepada UMNO dan BN bahawa kita bakal mengembleng bantahan rakyat seperti mana kita menggerakkan kempen #black505 dahulu.

"PKR yakin bahawa suara rakyat yang digembleng ini akan menghantar isyarat jelas kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi 3 tuntutan," tegasnya.

Tambah Rafizi, kempen kali ini akan dibawa ke setiap negeri bermula September ini yang turut melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun Najib telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan beberapa tahun lalu, pentadbiran beliau secara berterusan menggunakan akta tersebut untuk mengekang suara berbeza pendapat dengan pentadbiran beliau.

"PKR berpegang bahawa majoriti 52% rakyat Malaysia yang mengundi PR setahun yang lalu menolak Akta Hasutan," ujarnya.

suara rakyat... suara rakyat..
tu je la modal pkr..

tapi bila rakyat bersuara tak nak jijah,tak nak pulak dengar.. bila rakyar bersuara jangan langgar institusi Diraja, tak nak ikut, bila rakyat nk kiraan semula dalam pemilihan lepas, lansung tak dengar...

pas tu kempen blackout505... bila mintak bukti tak ade.. rakyat diperbodohkan ngan mimpi2 palsu pkr... 
bila kene batang hidungsendiri, senyap la pulak...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana