DAP dan PKR hanya 'menumpang' perjuangan PAS... - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan PKR dan DAP yang memaksa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik keputusan menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Malah beliau dengan nada tegas turut menyifatkan kedua-dua parti itu sememangnya tidak berhak memaksa Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Bekas Menteri Besar itu berkata, PKR dan DAP hanya parti yang 'menumpang' dalam perjuangan PAS menentang UMNO selama ini.

"Tidak ada hak orang lain (PKR dan DAP) paksa parti lain (PAS) buat sesuatu. Keputusan yang dibuat Presiden PAS maka tidak ada hak untuk orang suruh tarik balik.

"Kita adalah tiga parti (PAS, PKR dan DAP) yang berpakat melawan UMNO dan PAS adalah 'kakak tua' (abang), PAS dibawa masuk ke Kelantan pada 1951 oleh (Allahyarham) Ustaz Amaluddin Darus, saya sendiri masuk PAS tahun 1957 dan mula bergiat.

"Orang lain menumpang, DAP mari kemudian, PKR menumpang kemudian, orang PAS ada pengalaman yang begitu banyak sebelum daripada orang lain dan terima bermacam-macam dugaan, jadi Datuk Presiden (Abdul Hadi) buat kenyataan dan kenyataan ini daripada keputusan majlis-majlis (mesyuarat) sebelum ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Isnin.

Utusan melaporkan beliau mengulas tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Wan Azizah tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Abdul Hadi semasa Majlis Dialog dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Marang Jumaat lalu yang menyentuh beberapa isu termasuk melibatkan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor serta hubungan dengan PKR dan DAP membuatkan beberapa pemimpin pembangkang sanggup menyerang Presiden Pas secara terbuka.

Antara lain yang turut mempertikai Abdul Hadi termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang telah mengkritik kepimpinan Abdul Hadi dalam PAS dan kebolehannya semasa menjadi Menteri Besar Terengganu.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana tindakan PAS menghantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor diterima dengan baik.

Dalam masa yang sama, beliau turut terkejut apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap PKR dan DAP sebagai biadab dan derhaka.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz yang memberi reaksi kagum dengan keputusan Sultan Selangor itu turut kelihatan berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani pagi ini.

"(Allahuakbar)! Memang Raja ini Raja... Raja ialah Raja..Raja 'is' Raja..," kata Nik Abdul Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana