Dalang Sebenar PasMa Masih Bersembunyi


Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

“Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan,” lapor Mstar.

Kenyataan media ROS yang turut disiarkan penaminang.com membariskan jawatankuasa PasMa seperti berikut; Mohamad Faiz b. Mohd Taib (pengerusi), Muhamad Hisomudin b. Bakar (Timbalan Pengerusi), Mohd. Taib b. Ahmad (Setiausaha), Mohd Iqbal b. Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha), Mohd. Rosli b. Abu Bakar (Bendahari) dan tiga ahli jawatankuasa; Mohamed Zainal b. Hussin, Sheikh Umar Bagharib b. Ali dan Mohamad b. Abdul Razak.

Selain Muhamad Hisomudin Bakar dan Sheikh Umar Bagharib Ali, penama lain tidak dikenali identiti mereka.

Muhamad Hisomudin adalah bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM), bekas Ketua Pengarah Siasah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan sekarang merupakan Pengarah Eksekutif Ilham Centre serta Setiausaha PKR Kelantan. Baca lanjut,”Anak-Anak Usrah Sudah Tidak Yakin Matlamat PAS ?” dan “Ilham Centre & Zulkifli Sulong Sepakat Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS”

Sheikh Umar pula merupakan bekas exco PMIUM dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), exco Dewan Pemuda PAS Johor dan sekarang adalah Pengarah Free Public Forum Malaysia (FPF) dan pembantu khas kepada Ahli Parlimen DAP, Kluang, Liew Chin Tong. Baca lanjut, “MB Selangor : DAP sedang Analisis PAS Move.”

Muhamad Hisomudin dan Muhamad Hisomudin disebut-sebut mempunyai hubungan rapat dengan bekas exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Pada Isnin lalu, PasMa menganjurkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, namun Husam dan Ahmad Awang tidak hadir sebagaimana yang dijadualkan, sebaliknya Datuk Mujahid Yusof Rawa hadir sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini.Tempat Husam dan Ahmad Awang diganti oleh Datuk Pahrolrazi Zawawi dan Dr Abdul Aziz Bari, serta dua bekas aktivis pelajar, Syukri Razab dan Sheikh Umar.
Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam komentarnya mengenai forum itu turut menempelak ketidakhadiran Husam dan Ahmad Awang.

“Selain Phahrorazi dan Mujahid, forum malam tadi juga menampilkan Dr Abdul Aziz Bari. Aziz yang mulanya tidak disenaraikan sebagai panelis turun menggantikan Husam Musa yang beriya-iya untuk menjadi ahli panel tetapi tidak muncul-muncul tanpa sebab yang jelas tetapi mudah untuk ditebak akan sebab musababnya.

“Menjadi fiil Husam akan menngecualikan diri dalam keadaan-keadaan kritikal dan memerlukan penanggungjawab yang jelas. Seorang lagi ahli panel dicadangkan Ahmad Awang juga tidak hadir. Mungkin beliau tidur awal malam tadi, maklumkan sudah berusia. Letih,” katanya.

SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana