Chegubard : Azmin Gila Kuasa Lobi Jawatan MB Selangor

KUALA LUMPUR 11 Sept - Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini menyelar kegilaan kuasa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam 'melobi jawatan Menteri Besar Selangor sebagai penyebab utama berlakunya konflik dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard menyifatkan Azmin turut merupakan individu yang terlibat dalam merancang pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai anggota  PKR.

"Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya menerusi laman blog miliknya hari ini.

Chegubard menegaskan, kemelut yang kiat tenat ini berpunca daripada tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

"Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.
"Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya.

Beliau yang turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

"Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.

"Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana