BUKTI PAS SEMAKIN TERDESAK DI PRK #PENGKALANKUBOR

Budak yang berbaju merah diatas didakwa sebagai dalang pengedar VCD yang memburukkan PAS di Pengkalan Kubor. Harakahdaily dalam tulisan pada 14 September 2014 dengan tajuk “CD burukkan PAS diedar di Pengkalan Kubor”.

Berikut adalah dakwaan artikel dalam Harakahdaily tersebut:

“Umno kini dilihat bermati-matian mempertahankan Dun Pengkalan Kubor sehingga terpaksa menggunakan khidmat siber trupper dan pengedaran cakera padat (VCD) bagi memburukkan PAS.

Terbaru siber tropper Umno menggunakan isu ketidakhadiran pemimpin utama DAP pada perarakan penamaan calon semalam bagi menggambarkan hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat”

Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ada penduduk menemui VCD yang mempersoalkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat”.

Harakahdaily turut menyalahkan budak yang berbaju merah seperti dalam gambar di atas sebagai dalang penyebar VCD tersebut. Ya, kalau sekali pandang memang merah itu sinonim dengan baju UMNO. Namun apakah mereka tidak lihat apakah tulisan yang tertera pada baju budak tersebut.

Jelas sekali tertera huruf “R”. Apakah UMNO pakai huruf “R” pada baju mereka? Tidak, yang pakai huruf “R” ini adalah kumpulan royalti minyak dan majoritinya adalah budak budak Husam Musa. Ahli Parlimen Tumpat sendiri pun tidak tahu pasukan sendiri di Pengkalan Kubor.

Menuduh pihak UMNO sebagai penyebar VCD adalah satu tuduhan palsu dan berbentuk fitnah. Budak yang pakai baju merah ini perlu dicari. PAS atau PasMa budak itu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana