Blogger Seks Alvin Beri Isyarat 'Fuck' terhadap UMNO

KUALA LUMPUR 26 Sept - Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger seks terkenal Malaysia  'Alvivi' sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan menunjukkan isyarat tangan (simbol lucah) menerusi status di laman Facebook miliknya.

Tindakan Alvin itu berikutan rasa tidak puas hati dengan akta hasutan yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum.

Beliau turut mendakwa, tindakan menunjukkan isyarat lucah itu sebagai 'wakil' kepada individu yang telah dihukum di bawah akta itu.

Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri.

Menerusi statusnya itu, Alvin turut menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tiada telur', manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier.

Alvin Tan yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia  mendakwa beliau telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

Tan bersama pasangannya Vivian Lee menghadapi tuduhan di bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana