Azmin Ali, Menteri Besar Selangor...apa pula wayang PKR-DAP...nak restu tak?

Satu gambar raptai istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di istana yang tersebar di media sosial pagi Isnin telah menghangatkan lagi spekulasi di saat-saat akhir sebelum siapa yang bakal dilantik itu diumum secara rasmi.
Gambar orang yang berlatih angkat sumpah itu untuk majlis pada jam 10 pagi esok,Selasa dilihat dari tepi seiras macam Azmin Ali.Namun sebenarnya ia dikatakan adalah seorang pegawai Istana Selangor.

Ketika gambar itu berlegar Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu kebetulan berada di rumahnya di Taman Tun Razak,Ampang.

Sebilangan wartawan ketika itu pergi ke rumahnya sekitar jam 11 pagi.Kemudian baru beliau kelihatan meninggalkan rumahnya untuk ke ibupejabat PKR.

Beliau yang nampak relaks enggan mengulas apa-apa sehingga Istana Selangor umum keputusan rasmi.

Katanya beliau juga belum dapat jemputan atau dihubungi oleh Istana.

Dalam pada itu pelbagai sumber yang layak dipercayai kata hampir pasti pada saat ini Azmin ialah bakal Menteri Besar Selangor.

Namun isu yang menjadi tandatanya paling hangat berlegar ialah apa pula wayang PKR-DAP yang masih terus berkeras mahu juga Presiden PKR yang juga ADUN Kajang ,Datuk Seri Wan Azizah Ismail jadi Menteri Besar.

Apakah mereka akan tekan brek dan gostan dan beri restu pada Azmin.

Malah Azmin sendiri sebelum ini berkali-kali menyatakan beliau tolak cadangan namanya sebagai Menteri Besar dan menyokong Wan Azizah.

Sehingga semalam Ahad Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menerusi kenyataan media ringkas kata pendirian partinya tidak berubah mahu Wan Azizah.

Jika tetap tidak berganjak...soalnya kini apakah Azmin bakal dikenakan tindakan disiplin termasuk pecat jika menerima lantikan sebagai Menteri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini telah dipecat dari parti kerana melanggar arahan undur diri dari jawatan Menteri Besar.

Sudah menjadi rahsia umum dalam PKR sendiri ada geng-geng sendiri.Ada yang geng tidak selesa dengan Azmin.Begitu juga bukan semua dalam DAP selesa dengan Azmin.

Namun dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku termasuk.Malah ada pemerhati yang tidak hairan PKR-DAP gostan terpaksa terima keputusan Sultan.

PAS,sekalipun kini berlaga angin dengan PKR-DAP pula sudah berkali-kali nyatakan pendirian akan terima siapa saja dipilih oleh Sultan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana