ARTIS WANITA BERTUDUNG DIKECAM SELFIE BUKA TUDUNG KERANA KECEWA

NAMA Marshanda menjadi sebutan ramai apabila dia tidak lagi memakai hijab sejak bercerai dengan bekas suami, Ben Kasyafani pada Jun lalu.

Marshanda atau lebih mesra disapa Chaca itu berkata, perubahan yang dilakukan itu adalah atas kehendaknya sendiri dan dia terpaksa akur dengan kritikan yang diberikan masyarakat.

"Dari dulu lagi, setiap pergerakan dan penampilan saya menjadi ikutan. Begitu juga dengan perubahan ketika berubah imej untuk berhijab.

"Dan kemudian saya tidak lagi bertudung. Semua itu atas dasar kehendak sendiri dan tiada paksaan pun daripada siapa-siapa. Keputusan ini (tidak memakai tudung) juga adalah kerana hal peribadi.

"Bukannya saya mahu menunjuk-nunjuk dengan gaya rambut saya yang terkini, bukan. Tetapi saya selesa begini (tidak berhijab) buat masa sekarang," katanya kepada Kapanlagi yang ditemui pada majlis Hitam Putih di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, tambah Marshanda lagi, keputusannya untuk tidak bertudung lagi juga memberi cabaran dan dugaan besar buatnya untuk berdepan dengan masyarakat. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/09/artis-wanita-bertudung-dikecam-selfie.html#sthash.9XV8aw8Z.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana