Apabila Presiden PAS anggap PKR dan DAP 'Tidak Reti Bahasa'...

Sedar atau tidak, sekurang-kurangnya satu sisi kemelut Menteri Besar Selangor sudah hampir muktamad. Bahawasanya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang menjadi pusar krisis, sudah pun meletak jawatan.

Beliau sudahpun membuat kenyataan bahawa walau diminta atau dicalonkan sekali lagi untuk memegang tanggungjawab itu, beliau akan menolak. “Dia orang dah tak nak saya,” katanya berseloroh apabila diajukan persoalan itu oleh media. Malah menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, Khalid bercadang untuk bercuti panjang selepas ini.

Maka tinggallah pertikaian isu Menteri Besar Selangor ini diselesaikan di kalangan PAS dan PKR. Mungkin lebih tepat lagi dikatakan bahawa pertelagahan kini berkisar di kalangan pimpinan kedua-dua parti.

Ini kerana keretakan besar sudah menganga dalam saf pimpinan PAS dan PKR.

Dalam PKR persoalan yang membelit ialah mengapa Ketua Umum PKR dan kumpulan penasihatnya berkeras kepala tidak mahu calon selain Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar?

Apakah di kalangan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang mewakili PKR sekarang ini tiada seorang pun yang lebih layak menduduki kerusi itu?

Jika parti luar seperti PAS melihat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali wajar dicalonkan untuk jawatan itu, mengapa kumpulan Anwar dalam PKR masih tidak dapat menghargai beliau?

Penyokong Azmin merungut bahawa dendam penasihat-penasihat Anwar seperti Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan penasihat peribadi Anwar, Dr Abdul Rahim Ghouse adalah terlalu tebal dan mendalam.

“Sudahlah mereka berkomplot meletakkan Anwar sebagai calon presiden dalam pemilihan parti April lalu bagi menghalang kemungkinan Azmin mencabar Kak Wan bagi kerusi presiden.

“Tetapi bila Azmin berjaya kekalkan jawatan Timbalan Presiden, usul PAS supaya Azmin dicalonkan menjadi Menteri Besar juga ditutup.

“Sebenarnya PAS bukan tiada masalah dengan Azmin. PAS juga kurang senang hati dengannya sebagai Pengarah Pilihanraya PKR dalam proses PRU lepas, tetapi mereka tetap yakin Azmin adalah calon Menteri Besar yang lebih baik,” kata sumber kem Azmin.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana