ANWARINAS DALAM PAS...BEGITULAH DALAM UMNO DULU...INILAH CARANYA KUASAI POLITIK

Kuala Lumpur – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan terutamanya melibatkan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata demikian ketika diajukan pertanyaan berkenaan kewujudan kumpulan Anwarinas di dalam parti rakan komponen Pakatan Rakyat, PAS.

Malah menurut beliau, tindakan terdesak Anwar itu jelas terlihat apabila beliau sedar rakan-rakan dan juga penyokong di peringkat akar umbi PKR sendiri sudah meragui dengan perjuangan yang dibawanya.

“Ini jelas kita nampak, Anwar sudah terdesak. Sekarang ini semua orang dah boleh nampak permainan dia, sebab itu ramai ahli PKR yang sudah mula hilang kepercayaan kepada Anwar.

“Dan saya rasa, tindakan melepaskan kerusi di Pengkalan Kubor dan serahkan semula kepada PAS adalah sebagai usaha untuk memenangi hati pemimpin PAS,” katanya.

Bagaimanapun, Aminah tidak melihat kumpulan Anwarinas mampu melemahkan struktur dalam PAS sekiranya ahli-ahli parti itu dapat menilai permainan Anwar.

“Kalau mereka masih berpegang dan percaya kepada kepimpinan PAS, saya tak rasa PAS akan tergugat dengan kumpulan Anwarinas ini.

“Lebih-lebih lagi kalau mereka nampak dan tahu corak permainan Anwar yang terdesak memerlukan sokongan daripada PAS,” tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa semua rakan politik Anwar untuk membuka mata dan juga hati dalam menilai erti perjuangan sebenar yang ada di dalam PKR.

“Anwar sendiri sudah hilang kepercayaan akar umbi, malah dengan pemimpin kanan dia pun bergaduh,” katanya.

Situasi ini dapat dilihat ketika Anwar berjaya meletakkan pengaruhnya di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

ABIM suatu ketika dahulu dikenali sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipelopori Anwar sehingga beberapa pimpinannya dikatakan begitu taksub dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Modus operandi yang sama cuba diaplikasikan terhadap PAS dengan meletakkan beberapa orang yang kuat menyokong beliau atas tujuan untuk meletakkan pengaruhnya di dalam parti Islam tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana