Anwar Nafi Sokong GST..Orang Macam Ni Mana NAk Mengaku?

PETALING JAYA 12 Sept - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sokongannya terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melainkan beberapa syarat pelaksanaannya diperketat.

Menurutnya, GST tidak dilaksanakan ketika itu ekoran mendapat pelbagai bantahan dari ramai pihak.

"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Anwar merupakan individu pertama yang menguatarakan keinginan untuk melaksanakan GST di Parlimen.

"Menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Anwar.

"Pada 30 Oktober 1992, Anwar menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun depan, tetapi dia buat 'u-turn'," kata Najib.

Anwar kemudian menyelar kenyataan Najib dengan menyifatkan dakwaan itu tidak jujur dan mengelirukan.

sewaktu menerajui kementerian kewangan, beliau juga menekankan yang GST mesti bermula pada kadar rendah.

"Semua syarat tersebut tidak dipenuhi. Sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi menteri kewangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana