Ancaman Nyawa : Penduduk Bukit Antarabangsa Tuntut Hentikan Segera Projek Perumahan

AMPANG 13 Sept - Persatuan Penduduk Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabnagsa hari ini menyatakan bantahan terhadap Projek Perumahan oleh Ecoworld dan MBI Incorporated kerana dikhuatiri kawasan tersebut tidak selamat dan berhadapan dengan risiko bencana alam.

Penasihat Undang-Undang, Azlan Khamis berkata, kawasan tersebut sering berhadapan dengan bencana alam seperti tanah runtuh yang meragut nyawa dan merosakkan harta benda.

"Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar News Straits Time (NST) pada 12 Jun 2006, 80 peratus kawasan Hulu Klang adalah dalam keadaan bahaya yang menyebabkan tanah runtuh.

"Pakar dalam bidang tanah telah membuat kaji selidik menunjukkan sebahagian kawasan ini terletak di atas 'batu syis' sejenis batu yang paling rapuh untuk menampung sebarang pembangunan di atasnya," katanya pada sidang media serta sesi penerangan kepada ahli persatuan penduduk di sini hari ini.

Azlan yang juga Ahli Jawatankuasa Penduduk menjelaskan, terdapat kekeliruan dari pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pemaju berhubung projek tersebut."Kalau MPAJ projek perumahan ini di atas tanah No PT 5039 HS(D) 73845 Sungai Sering Bandar Hulu Klang Daerah Gombak yang bersebelahan Bukit Antarabangsa.

"Mengikut pada surat MPAJ ini, ia tidak melibatkan kawasan Bukit Antarabangsa tetapi projek ini di Sungai Sering tetapi hakikatnya, projek itu di kwasan Bukit Antarabangsa dah dua tiga kali kita perhatikan mereka cuba mengelirukan kita dengan permainan ayat-ayat dalam surat tentang maklumat yang kita terima." katanya

Jelasnya lagi, semua dokumen yang berlainan nama tempat tapak projek walaupun dalam geran yang sama itu adalah sebagai bukti untuk dibawa ke bank untuk meluluskan segala pinjaman.

Sebelum ini pelancaran pecah tanah projek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid bin Ibrahim dan projekitu turut dibantah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana