Ambil Kau....Khatib disiasat di bawah Akta Hasutan

GEORGETOWN - Polis akan memanggil seorang khatib yang didakwa menyampaikan khutbah Jumaat dengan mengkritik tindakan polis serta kerajaan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada seorang lelaki petang semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.

"Saya mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan mengikut  Sekyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang ahli Pas kawasan Tanjung, Ariff Ibrahim membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah berbaur hasutan di sebuah masjid di Jalan Terengganu, petang semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana