Amaran Keras!!! PPS: Serah Diri Atau Serbuan Dirumah Dilakukan - KPN

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab keatas Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS) untuk menyerah diri sebelum serbuan ke rumah mereka dilakukan.

Khalid berkata demikian menerusi akaun rasmi Twitternya @KBA51 bagi mengulas tindakan polis Pulau Pinang menahan ahli PPS pada pagi Ahad selepas kumpulan tersebut selesai perarakan kemerdekaan.

"Elok lah mrk (mereka) yg (yang) bertanggungjawab keatas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman," tegas beliau.

Pada pagi Ahad, seramai 154 ahli PPS yang merupakan sebuah organisasi tidak berdaftar ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai untuk dirakam keterangan.

Sementara itu, minggu lalu, Khalid telah memberi amaran bahawa polis akan menyiasat PPS mengikut Akta Pertubuhan Haram 1966 berikutan tindakan mereka yang keterlaluan sehingga memukul orang awam dan wartawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana