Amaran KEras PM....Jangan Ugut, Cabar Pihak Berkuasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengingatkan mana-mana pasukan membanteras jenayah beruniform supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan kedaulatan undang-undang negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan amat mengalu-alukan apa jua sumbangan masyarakat dalam membanteras aktiviti jenayah tetapi tidak akan membenarkan sebarang tindakan melampaui batas undang-undang.
 
"Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak sesuka hati.

"Janganlah selepas ditegur, cabar dan ugut pihak berkuasa atau bahas terbuka apatah jika kita mewakili pentadbiran. Apa juga yang kita lakukan sebenarnya boleh diselesaikan guna rundingan.

"Saya percaya polis akan menerima cadangan tersebut sekiranya ia dilakukan mengikut undang-undang," katanya.

Justeru, Najib meminta sesiapa saja untuk menghormati kedaulatan undang-undang bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 131 penerima yang berkhidmat semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, Khamis.

Ucapan tersebut jelas merujuk kepada isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang dilaporkan bertindak di luar batasan undang-undang dalam beberapa insiden di negeri tersebut.

Pada Ahad lalu, polis menahan 154 anggota pasukan itu selepas menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Pulau Pinang.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tangkapan anggota PPS itu dibuat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan mencabar Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana