Akta Hasutan: Tak Perlu Masuh, Cuma Perlu Pinda...Admin Sokong 100%

KUALA LUMPUR 10 September - Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan boleh meminda  Akta Hasutan 1948 mengikut keadaan semasa dan tidak perlu untuk memansuhkannya.

Musa berkata, negara-negara Komanwel juga masih lagi meneruskan akta dan undang-undang sebegini dimana mereka tidak melupuskan malah digunakan bila perlu sahaja.

"Akta ini walaupun diwujudkan pada tahun 1948 sudah dipinda beberapa kali oleh kerana mengikut beberapa keadaan. Jadi kalau kita hendak keamanan dan keselamatan negara terjamin dan jikalau trend pada masa ini sudah berlainan kita boleh dipinda serta memperkukuhkan lagi. Tidak perlu untuk diganti atau dimansuhkan.

"Di England juga terdapat undang-undang ini, mereka tidak memansuhkan tidak melupuskan undang-undang itu tapi hanya tidak digunakan dan ada sampai sampai masa tertentu baru digunakan. Kita hendak lupuskan, hendak hilangkan. Bila tidak ada undang-undang, baru kita kelam kabut cari undang-undang, apa cerita ?," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut menambah pihak kerajaan juga boleh mengambil contoh seperti negara Singapura dimana mereka tidak pernah terlintas untuk memansuhkan akta terbabit.

"Negara Singapura masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengekalkan Akta Hasutan. Kalau dilihat ucapan-ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri,  Lee Kuan Yew menentukan bahawa keselamatan dan keamanan Singapura adalah keutamaan.

"Oleh sebab itu mereka tidak melupuskan undang-undang tersebut, jadi saya rasa kita patut mengikuti cara negara jiran kita ini," katanya.

Tambah Musa Hassan, masih lagi terdapat ruang bagi pihak kerajaan untuk memperbetulkan undang-undang Akta Hasutan ini.

"Masih terdapat ruang buat kerajaan untuk mempinda akta ini, kerana Perlembangan mendokong bahawa setiap masyarakat atau rakyat negara ini bebas untuk bersuara tetapi kebebasan ini tadi perlu tertakluk pada undang-undang.

"Saya telah berkata tiada kebebasan mutlak. Al-Quran diwujudkan juga kepada manusia untuk menentukan adanya had-had didalam sesuatu perkara yang dilakukan. Jikalau semua orang hendak melakukan sesuatu dengan kebebasan mutlak serupa tidak payah wujudkan undang-undang," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana