AKTA HASUTAN MASIH PENTING,TIDAK AKAN DIMANSUHKAN DALAM MASA TERDEKAT

7 SEPT: Akta Hasutan 1948 masih penting dan kerajaan tidak akan memansuhkannya dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta itu dihapuskan segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.
“Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.
“Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada media selepas merasmikan seminar literasi undang-undang “Wanita Bistari Masyarakat Bahagia” di sini, Johor Bharu.
Pembangkang kini mendesak kerajaan segera menghapuskan akta berkenaan kerana khuatir ramai lagi pemimpin mereka ditahan dan didakwa.

Menurut beliau, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera.
“Ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu,” kata Nancy.

Nancy berkata kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.

Beliau berkata rang undang-undang itu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana