Akta Hasutan Cara Najib Cuba Tunjuk Tegas Kepada Tun M...Apa Salahnya Sam Kentut?

Apa Ke BODOH NYA pemimpinan PR ni...sudah buat salah kenalah mengambil tindakan tegas.Adakah mahu melihat dan merayu pada sipelaku...Biarlah...biarlah.Kebodohan PR sudah nampak ketakutan nya.

DAMANSARA 3 September - Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mad Akin menyifatkan beberapa dakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat (PR) sengaja dibuat untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegas seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shamsul berkata, beliau merasakan perkara tersebut setelah melihat dakwaan-dakwaan tersebut hanya dibuat selepas Mahathir mengkritik dan menarik balik sokongannya pada Najib yang disifatkan Mahathir sebagai "terlalu lembut" dalam isu-isu penting.

"Kita lihat tindakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan secara agresif ini dilakukan berlakunya kononnya penarikan balik sokongan Mahathir kepada Najib.

"Apakah Najib ingin membuktikan kepada Mahathir beliau tegas dan menggunakan Akta Hasutan ini untuk menahan mereka yang bercanggah dengan kerajaan BN?" katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Shamsul menjelaskan, langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan Akta Hasutan ini dilihat sama dengan kaedah yang digunakan oleh kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.

Katanya, tindakan yang dilakukan kerajaan BN tersebut jelas tidak berasas memandangkan perbezaan situasi politik antara Malaysia dan Singapura.

"Saya ingin ingatkan Najib dan Putrajaya jangan cuba meminjam strategi yang digunakan kerajaan PAP Singapura yang terus menggunakan Akta Hasutan ini untuk mengekang pemimpin-pemimpin politik di sana.

"Saya fikir di Malaysia ini situasinya berbeza dengan kekuatan rakyat serta kekuatan di Parlimen dan negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, kita akan gerakkan semua ini untuk menghentikan akta yang zalim ini segera," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana