Ahli Parlimen PAS dakwa difitnah portal berita pembangkang

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menjadi 'mangsa' pemberitaan tidak bertanggungjawab menyifatkan tajuk yang digunakan oleh sebuah portal pro pembangkang sebagai 'satu fitnah'.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu dalam satu kenyataan pagi Khamis berkata tajuk sensasi "Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO, Khalid" adalah fitnah The Malaysian Insider (TMI) terhadap beliau.

"Saya tidak pernah menyebut atau "memperakui" bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO dalam isu MB Selangor. Itu rekaan dan fitnah TMI yang sangat jahat. Menasabkan kepada seseorang apa yang tidak disebut atau dikatakan oleh dirinya adalah fitnah jahat,"ujarnya.

Menurut beliau, antara petikan tulisan saya bertajuk "Kemana PAS mahu dibawa" yang panjang ialah:

"Secara teknikalnya Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim (TSKI) hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini."

"Petikan ini hanyalah penyataan bagi apa yang sedang berlaku iaitu TSKI disokong 26 adun. Ia bukan satu "perakuan" daripada saya bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO. UMNO sememangnya mengisytiharkan di media sebagaimana semua orang tahu menyokong TSKI sebagai MB. Tajuk sensasi TMI adalah satu fitnah," katanya.

Pada Rabu, berita yang disiarkan TMI itu dikongsi oleh penyokong pembangkang dipercayai untuk menimbulkan keraguan terhadap PAS.

Antara yang dikesan berkongsi tajuk berita tersebut ditwitter adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dua kali mengulas isu tersebut melalui akaunnya @anwaribrahim.

Satu dalam bahasa Inggeris dan satu dalam bahasa Malaysia, kedua-duanya berita berkaitan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana