Abdul Hadi cuba dijatuhkan Oleh Ahlinya Sendiri...Padahnya Ada Puak ANWARINAS

SHAH ALAM - Kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor secara tidak langsung telah meletakkan Pas dalam gelora.

Dalam tempoh lebih sebulan ini, Pas yang selama ini dianggap parti paling utuh dalam pakatan, mulai dicemari riak perpecahan.

Riak awal dapat dilihat daripada kritikan tidak langsung oleh beberapa pemimpin terhadap kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu sejak era kepimpinan ulama, Presiden Pas seakan ditegur kerana membuat kenyataan penting itu secara peribadi, mendahului mesyuarat jawatankuasa parti.

Namun Pas yang mulai tidak 'sihat' dilihat seperti kembali bersatu apabila Majlis Syura Ulama kemudian membuat keputusan merasmikan kenyataan Hadi sebagai pendirian parti iaitu menyokong Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun apabila PKR memecat Khalid, keretakan dalam Pas semakin jelas kelihatan. Ini diperlihatkan menerusi keputusan bahawa parti itu tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai MB Selangor menggantikan Khalid - pendirian yang sangat jelas tidak berpihak kepada kemahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat kemudiannya, yang kenyataan mengenai keputusan terbaharu parti itu diumumkan dengan wajah ceria oleh timbalan presiden parti, Mohamad Sabu, Pas ubah pendirian sokong pencalonan Wan Azizah oleh PKR, disertai dengan satu lagi calon, Azmin Ali.

Apa yang berlaku ini memperlihatkan wajah baharu parti Islam itu yang seolah-olah semakin menghampiri episod suram - berpecah belah - apabila ada ahli yang selama ini begitu menjunjung tinggi prinsip wala' atau ketaatan kepada pemimpin, mulai berani mempertikai keputusan presiden secara terbuka.

Ini amat jelas melalui media sosial hingga timbul dakwaan terbaharu Pas kini mahu hidupkan semula usaha tubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno, kesempatan diambil dalam keadaan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penghalang utama cadangan itu berada dalam keadaan tak sihat. Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dituduh ada kaitan dengan usaha itu.

Bagi sesetengah pemerhati, apa yang didakwa terhadap Abdul Hadi, juga Mustafa, ada kaitan atau boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap pemimpin nombor satu Pas itu, terutama menjelang pemilihan parti tahun hadapan. Abdul Hadi dituduh terlalu menurut Mustafa yang dianggap oleh sesetengah orang dalam Pas sendiri sebagai 'mastermind' politik dalaman parti.

Apa yang menjadi spekulasi ini seperti diiyakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam blognya pada 3 September lalu yang mendakwa ada pihak sedang atur strategi untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Khairuddin dilihat mengecam tindakan segelintir pimpinan Pas secara terang-terangan pertahan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor, sebelum menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.

Melihat perkembangan dalam isu ini, penganalisis politik tidak menolak kemungkinan memang ada cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, individu yang dimaksudkan ini terdiri daripada golongan tidak dominan dalam parti tetapi lantang bersuara dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mewakili keseluruhan Pas.

Katanya, isu mahu menjatuhkan Presiden Pas ada kaitan dengan konflik Menteri Besar Selangor.

Samsul Adabi berkata, kemelut itu bertambah hangat apabila Pas dipercayai calonkan seorang Adun parti itu sebagai antara tiga nama yang dihantar kepada Sultan Selangor.

“Ini menimbulkan reaksi kurang senang segelintir ahli atau pemimpin Pas terhadap kepimpinan parti dan beranggapan Pas tidak menghormati keputusan (mesyuarat Pas) yang dicapai pada 17 Ogos lalu. Kerana itu munculnya desas-desus mahu jatuhkan Abdul Hadi.

“Tetapi perlu diingat, keputusan Pas menghantar tiga nama calon menteri besar bukanlah keputusan yang dibuat Abdul Hadi sendiri tetapi hasil perbincangan kepimpinan tertinggi,” katanya.

Pada 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa KPas Pusat memutuskan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Samsul Adabi, apabila ada pihak mempersoalkan keputusan Abdul Hadi menambah calon pada 3 September lalu, ia seolah-olah menunjukkan golongan minoriti ini mahukan presiden mereka ditukar.

“Mereka golongan kecil yang tidak dominan dalam parti dan pengaruh mereka tidak boleh mendominasi Pas. Mereka ini (mungkin) ahli yang inginkan Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar,” katanya.

Katanya, kenyataan Khairuddin mungkin dibuat kerana rasa kecewa dengan situasi terkini terutama membabitkan isu Menteri Besar Selangor.

Sementara itu Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, isu Kerajaan Perpaduan dan maklumat perbincangan dalaman Pas sengaja dibocorkan antara isu yang dimainkan sebagai cubaan menjatuhkan Abdul Hadi.

Kedua-dua isu itu disebut oleh Khairuddin dalam blognya.

“Boleh jadi ia perbuatan orang dalam atau kemungkinan angkara pihak luar yang ingin pecah belahkan Pas.

“Kerana itu Pas harus kembali bersatu dan menyelesaikan pelbagai isu berbangkit. Percanggahan pendapat dalam kalangan ahli perkara biasa dan boleh diselesaikan dalam Muktamar Pas nanti. Presiden harus memberi pencerahan agar konflik tidak berpanjangan,” kata Nik Ahmad Kamal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana