Wan Azizah sudah berangan jadi MB berucap soal Selangor di Kongres PKR

Angan tak sudah. Inilah ungkapan yang sesuai jika belum lagi dipilih atau dilantik tetapi sudah membayangkan dirinya calon terbaik dan akan dipilih Sultan Selangor sebagai yang paling layak memegang jawatan Menteri Besar.
Itulah yang dilakukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila membuka tirai Kongres Nasional PKR ke-10 dengan ucapannya yang berkisar soal negeri Selangor.

Calon bakal Menteri Besar Selangor yang juga presiden parti itu menyeru seluruh anggota parti itu untuk menghormati rakyat yang mempunyai kuasa dalam memilih tampuk pimpinan kuasa.

Melalui ucapan Dasar Presiden PKR ini, ia sekaligus memberikan gambaran jelas bahawa persediaan sudah dilakukan beliau dalam waktu peralihan kuasa di negeri terkaya itu.

“Kita akui kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi yang sepatutnya diteruskan. Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita jua harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan: sampah; jalan yang melibatkan peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan. Jika kemudahan asas untuk rakyat negeri diabaikan.

“Saya ingin mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan rata yang tidak berlubang, persekitaran yang bersih, longkang dan parit yang tidak tersumbat dan persekitaran yang bersih serta bebas aedes terus diwujudkan kerana ini adalah hak rakyat yang memilih kita ke tampuk kuasa,” katanya.

Selain harapan dan janji-janji yang ditaburkan Wan Azizah turut menjelaskan bahawa kriteria pemilihan pemimpin tidak menjadi pertikaian utama, sebaliknya soal kelayakan dan kewibawaan lebih diambil kira.

“Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

kongres pkr 2014“Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa-paras hanyalah alasan semata,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh berkenaan pemilihan parti tersebut yang baru selesai minggu lalu setelah mengambil masa hampir lima bulan.

Menurut Adun Kajang itu, beliau mengakui adanya kelemahan di dalam proses pemilihan tersebut dan beberapa aspek juga perlu diteliti semula.

“Semasa proses pemilihan, terdapat beberapa aspek atau kelemahan yang harus kita tingkatkan bersama. Pertama: infrastruktur; kedua:kelengkapan dan aset; ketiga: aspek ketertiban dan keempat: aspek tarbiyah yang agak kurang di kalangan anggota dan pemimpin.

“Saya meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam, untuk dikemukakan dapatannya kepada Majlis Pimpinan Pusat,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana