Wan Azizah, kaulah isteri mithali....Parti Keluarga Inilah Hebat Sangat Ker?

Wan Azizah Ismail, isteri mithali kepada Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat sejak penubuhannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, bekas Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan yang paling istimewanya beliau, penagih simpati seumur hidup.
Air mata dan Wan Azizah tidak dapat dipisahkan. Melihat sejarah Parti Keadilan Nasional (PKN) yang tertubuh selepas pengambilalihan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia, air mata Wan Azizah digunakan sehabis mungkin untuk menarik simpati rakyat di atas 'penganiayaan' Tun Mahathir terhadap suami beliau Anwar Ibrahim. Dan ternyata, Wan Azizah berjaya walaupun fakta melalui keputusan mahkamah, Anwar Ibrahim bersalah kerana kes salah guna kuasa selain kes peribadi yang disebabkan kenakalan anggota badannya sendiri.

Wan Azizah menggambarkan dirinya seorang wanita lemah tidak berdaya apabila suaminya dijatuhi hukuman. Manakan tidak, pada PRU 1999 selepas pemecatan Anwar dan penubuhan partinya, PKN berjaya memenangi 5 kerusi yang ditandingi mereka dan walaupun pada PRU 2004 menyaksikan rekod buruk parti pembangkang, Wan Azizah tetap berjaya memenangi kerusi yang ditandinginya, Permatang Pauh, satu-satunya kerusi dimenangi PKR (selepas bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003) pada PRU tersebut.

Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2004 dan pada tahun 2008, beliau boleh bergiat aktif semula dalam arena politik. Pada PRU 2008, Wan Azizah sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pauh yang mana PRU tersebut menyaksikan parti pemerintah, Barisan Nasional gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Seluruh dunia mengetahui betapa Wan Azizah seorang isteri yang taat pada perintah suami. Beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding, dan Anwar memenangi Pilihanraya Kecil tersebut.

Awal tahun ini, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan ADUN Kajang tanpa sebab yang munasabah. Langkah yang digelar Kajang Move ini tidak lain tidak bukan untuk mengangkat Anwar sebagai Menteri Besar baharu bagi negeri Selangor. Walaupun pelbagai alasan dikeluarkan bagi menafikan perkara ini, ternyata perkara ini bukanlah rahsia lagi. Dan pada ketika itu, bukanlah satu rahsia bahawa Anwar akan berhadapan dengan penghakiman rayuan berkaitan kes liwat keduanya. Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun (hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan).

Sekali lagi episod air mata Wan Azizah dihidangkan. Insan ini sekali lagi memainkan watak wanita teraniaya. Air matanya sekali lagi dijadikan modal politik murahan. Lantas beliau diangkat menjadi calon di PRK Kajang bagi menggantikan suaminya. Tatkala itu, ramai yang menunjukkan simpati kepada beliau dan beliau berjaya memenangi PRK tersebut. Harus diingat, Pengarah PRK Kajang bagi PKR ketika itu tidak lain tidak bukan, Menteri Besar Selangor ketika ini, Abdul Khalid Ibrahim. Dicanang seluruh Kajang ketika kempen PRK tersebut, Khalid Ibrahim seorang MB yang cekap serta telus dan Pakatan Rakyat tidak langsung mempunyai niat untuk menggantikan beliau.

Hampir 5 bulan berlalu episod PRK Kajang, timbul semula isu kerusi Menteri Besar Selangor. PKR telah secara rasminya menamakan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim. Walaupun menerima tekanan hebat, Khalid Ibrahim masih tetap berdegil mempertahankan jawatan tersebut. Dan terbaru, Wan Azizah tanpa segan silu menyatakan beliau sedia menerima jawatan tersebut. Kemelut Menteri Besar Selangor masih belum menemui kata putus malah semakin hari, semakin meruncing apabila kini berlaku adegan serang-menyerang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, hampir 15 tahun beliau memegang jawatan Presiden PKR. Namun kedudukannya di situ tidak lain tidak bukan sebagai boneka bagi menggelapkan amalan nepotisme dalam PKR. Jawatannya di situ jelas seperti lembu dicucuk hidung apabila hanya terpaksa menerima dan mengikut arahan Anwar Ibrahim, suaminya yang beliau sangat taat. Posisinya di situ digunakan semata-mata untuk menagih simpati rakyat, suatu perkara yang sememangnya kepakaran beliau. Dan pemilihan beliau bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor jelas menunjukkan betapa rakus dan tamaknya keluarga Anwar Ibrahim dalam memegang jawatan.

Pakatan Rakyat sering kali menyerang Rosmah Mansor dengan pelbagai tuduhan namun adakah Wan Azizah ini terlalu mulia sehinggakan tingkahlakunya langsung tidak terlihat? Adakah rakyat negara ini telah dibutakan dengan kisah air mata dan kronologi wanita teraniaya oleh Wan Azizah hinggakan timbul rasa simpati setiap kali ianya dihidangkan?

Tidak adakah lagi pemimpin PKR lain yang lebih baik, jauh lebih bagus dari ahli keluarga Anwar Ibrahim? Adakah semua pemimpin PKR begitu teruk sehinggakan tiada seorangpun yang layak dinamakan sebagai pengganti Khalid Ibrahim yang sebelum ini dicanang telah berjaya menjadi Menteri Besar yang bagus? Dan, begitu hinakah pemimpin PKR lain di mata Anwar dan keluarganya? Di mana Azmin Ali? Di mana Nik Nazmi? Di mana Yaakob Sapari?

Tanyalah nama-nama mereka di atas ini, apa peranan Wan Azizah sebagai Presiden parti semejak penubuhan parti tersebut? Pasti kesimpulan dari jawapan yang diberi, 'Wan Azizah Isteri Mithali'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana