Wakil PKR Terengganu : 'Kami Kena Buli dengan PAS'

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kongres PKR hari ini dikejutkan dengan pendedahan perwakilan Terengganu yang mendakwa telah 'dibuli' oleh rakan Pakatan Rakyat (PR), PAS sehingga menyebabkan parti itu gagal memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Azlan Che Mat yang tidak dapat mengawal kesedihan ekoran tindakan PAS Negeri itu berkata, pihaknya amat kecewa dengan keputusan PAS negeri yang turut merampas kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka malah bersikap angkuh kerana tidak mahu bekerjasama dengan PKR sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

"Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok, dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno kita menang satu kerusi.

"(Tapi) yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan kita PAS Terengganu.

"Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu," katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa pada PRU13 lalu, PKR sepatutnya bertanding di enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

"Akan tetapi, PAS tetap meletakkan calon mereka di kerusi PKR sehingga berlaku pertindihan calon Pakatan di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir," ujarnya.

Selain kerusi parlimen Kemaman, tiga lagi kerusi DUN yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Bandar dan Telemong.

PKR tidak berjaya memenangi sebarang kerusi di peringkat Parlimen dan hanya berjaya memenangi DUN Bandar yang ditandingi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana