Wakil PKR Perak : 'Tentera Istiadat MH17 Seperti Hamba Abdi' ...Bangangnya Puak PR Ni

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kongres PKR hari ini semakin panas dengan lontaran kenyataan kontroversi apabila Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid mempersoalkan peranan anggoita tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17 yang didakwanya diperlakukan seperti hamba abdi.

Beliau berkata, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Malah Ahli Parlimen Lumut itu turut mempertikai keperluan pihak tentera digunakan secara berlebih-lebihan dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17. Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya memetik laporan Malaysiakini ketika beliau membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

Kerajaan semalam mengisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara dimana seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Turut diadakan majlis penghormatan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda dengan mengikut istiadat ketenteraan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana