VIDEO.....PKR Kalah DUN Pengkalan Kubor Sebab Disabotaj ‘Parti Sahabat’ Sendiri


Bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Saharun Ibrahim menyalahkan ‘parti sahabat’ di Kelantan sebagai punca beliau tewas dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU 13) Mei tahun lalu.

Saharun yang merupakan perwakilan PKR dari Kelantan berkata berlaku perbuatan ‘sabotaj dalaman’ daripada ‘parti sahabat’ bukan sahaja di DUN Pengkalan Kubor, bahkan di tempat-tempat lain di negeri itu yang ditandingi calon PKR.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung ‘parti sahabat’ yang dimaksudkan itu merujuk kepada PAS, yang merupakan parti Pakatan Rakyat yang dominan di Kelantan, lapor Malaysiakini.“Sepanjang PRU itu kita menjangkakan kita dapat menang. Tetapi, oleh kerana ini dalam majlis rasmi dan saya suka menjaga adab sedikit, bolehlah saya ringkaskan kita tidak menang adalah kerana kesilapan teknik yang berkait dengan hubungan kita dengan parti sahabat kita.

“Apa yang kita rancang rupanya tidak berjalan sebagaimana yang dirancang,” katanya selaku perwakilan Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Kesepuluh parti itu di Shah Alam, hari ini.

Calon PKR DUN Pengkalan Kubor itu menggunakan kiasan ‘memungut buah durian’ dalam menggambarkan hubungan calon PKR dengan ‘parti sahabat’ di Kelantan itu.

“Ibaratnya memungut buah durian. Kami termasuk saya sudah memungut buah-buah durian yang secukupnya (dan) dibawa ke rumah.

“Saya simpan di dalam bilik. Saya kira buah durian itu dan didapati buah terlebih banyak daripada buah sebelah sana.

“Tetapi apabila tiba pilihan raya, kita mendapat durian yang kurang.

“Saya buka bilik. Saya lihat rupanya lantai bilik tempat kita simpan durian itu sudah dipecahkan oleh orang di kalangan kita sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana