Umat Islam Malaysia perlu bersatu demi pertahankan agama





PETALING JAYA 7 Ogos - Umat Islam di Malaysia diseru supaya mengetepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu supaya segala anasir yang mengancam kesucian agama dapat dipatahkan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, nasib umat Islam di luar negara, sebagai contoh di Palestin, seharusnya dijadikan iktibar.

"Umat Islam negara ini harus sedar bahawa jikalau kita berpecah belah, perkara yang sama mungkin juga boleh berlaku kepada kita," kata beliau sewaktu menghadiri demonstrasi menentang kezaliman regim Zionis ke atas Gaza di sini semalam.
 Merujuk kepada perkembangan semasa negara, beliau berkata sudah banyak insiden yang berlaku di mana agama Islam dengan sewenang-wenangnya menjadi mangsa cemuhan dan kutukan pelbagai pihak yang kelihatan sengaja mempertikai kewibawaan dan ketinggian agama Islam yang diakui sebagai agama rasmi persekutuan.

"Kita (orang Islam) patut ketepikan segala perbezaan dan bersatu. Kita bersatu bukan untuk berlawan, tapi secara automatik pihak yang memandang kita dengan sinis akan hormati kita kerana kekuatan kesatuan yang kita tunjukkan," kata beliau.

Sementara itu, demonstrasi bantahan anjuran Perkasa Selangor semalam merupakan penzahiran kemarahan terpendam terhadap regim Zionis di bumi Gaza. selain laungan anti-Zionis, para pendemonstrasi turut membakar bendera Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, dan juga gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana