Ultra Kiasu Marah Khalid Tidak Laksana Projek Babi

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sehingga kini belum lagi melaksanakan projek ternakan babi yang bernilai RM100 juta ternyata menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelar 'Ultra Kiasu'.

Penceramah agama dan kolumnis kontroversi, Ridhuan Tee berkata Ultra kiasu merupakan satu badan yang tidak mengenali hukum halal dan haram.

"Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.

"Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya ketika dipetik daripada Sinar Harian.

Menurutnya, virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini perlu dijadikan teladan oleh masyarakat.

"Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam," tulisnya lagi.

Selain itu, beliau turut bersetuju dengan hujah Khalid yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri boleh meneruskan pentadbiran negeri itu dengan menggunakan empat exco daripad PAS.

Tambahnya lagi, pengurangan exco kerajaan negeri itu mampu juga menjimatkan kewangan daripada kerajaan Selangor.

"Sudah tentu beban PAS bertambah. Baru buat kerja namanya," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana