Ugut Keluar Parti : Tiada Lagi Sifat Wala' Pada Wakil Rakyat Pas

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tindakan wakil rakyat Pas yang mengugut untuk keluar parti sekiranya Pas tidak mengiktiraf Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu merupakan suatu perlakuan yang amat mengejutkan.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ianya menunjukkan sikap tidak patuh (wala') wakil rakyat terbabit terhadap kepimpinan Pas.

"Seingat saya tidak pernah berlaku dalam sejarah Pas, wujud ugutan dalam kalangan pimpinan parti untuk dipecat atau meninggalkan parti hanya kerana berbeza pandangan dengan Syura.

"Selama ini Pas amat terkenal disiplin anggota partinya mematuhi arahan Syura.

Nilai wala' atau kepatuhan pada Syura dan kepimpinan merupakan teras sistem pentarbiahan ahli-ahli Pas yang menjadi asas kekuatan parti selama ini.

Buktinya, ketika PAS menang di Kelantan pada tahun 2004 dengan hanya satu kerusi melebihi BN, tiada seorangpun pimpinan parti yg berpaling tadah.

Begitulah tingginya disiplin pimpinan Pas selama ini.

"Sebab itu adalah mengejutkan bila membaca berita terkini ugutan dua ADUN yg juga bekas pimpinan JIM untuk bersedia dipecat jika Pas masih tegas tidak mahu isteri Anwar menjadi MB," ujarnya.

Menurut Asyraf Wajdi, mungkin hari ini budaya dan nilai wala' dalam parti mula berubah disebabkan Pas banyak dibarisi oleh pimpinan yang tidak pernah melalui sistem dan madrasah pentarbiyahan Pas yang sejati.

"Kelompok yg digelar Anwarinas atau Erdogan kebanyakannya menyertai Pas selepas pasca reformasi.

"Malah Shaari Sungip sendiri merupakan bekas Presiden JIM yang pada awalnya menyertai PKR dan kalah sebagai calon PKR pada PRU 1999 sebelum melompat masuk ke dalam Pas dan menang pula atas tiket Pas pada pilihanraya 2004," jelasnya.

Menurut Asyraf, ia menunjukkan Langkah Kajang benar-benar memberi kesan besar kepada lanskap politik tanahair bukan sahaja Selangor tetapi juga terhadap struktur dan budaya parti-parti politik tanahair.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana