Tolak Nepotisme Dan Gila Kuasa Anwar - NGO

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Corak pemerintahan pakatan pembangkang yang menjadikan parti mereka seperti 'perniagaan sendirian berhad' kerana ditadbir oleh anak-beranak, saudara-mara dan orang kepercayaan masing-masing menyebabkan rakyat semakin kecewa.

Perkembangan cukup menghampakan tersebut menyedarkan mereka siapa sebenarnya yang layak menjadi pemimpin di negara ini.

Presiden Power Malaysia, M. Mohana berkata, rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang bukan sahaja meletakkan anak-beranak dan saudara-mara dalam pentadbiran parti, malah kini dilihat semakin rakus apabila cuba merampas kerusi Menteri Besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Dalam DAP, Lim Kit Siang berjaya menjadikan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, kini 'mimpi ngeri' itu berulang apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pula sedang sedaya upaya merampas kerusi Menteri Besar di Selangor untuk diberikan kepada isteri tersayang, (Datin Seri Dr.) Wan Azizah (Wan Ismail). Selepas ini entah apa lagi yang hendak dibuat oleh mereka.

"Rakyat bukan bodoh untuk dimanipulasi sepanjang masa. Mereka semakin faham dengan 'permainan kotor' pembangkang yang lebih berminat untuk mempromosi keluarga masing-masing. Walaupun hebat dengan slogan antirasuah, antinepotisme dan sebagainya, tetapi mereka juga yang menjadi jaguh dalam tidak mencontohi apa diperjuangkan," katanya ketika yang dipetik Utusan Malaysia, semalam.

Anwar sebelum ini mengumumkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekalkan jawatannya.

Mohana yang juga Ketua Wanita MIC mengakui, beliau tidak mempunyai masalah jika seorang wanita dilantik sebagai Menteri Besar, namun kesal sekiranya pelantikan Wan Azizah tersebut hanya akan menjadi boneka suaminya.

"Adakah dia mampu memimpin? Banyak pihak bimbang dia mudah dimanipulasikan kerana bukan mudah untuk menguruskan negeri seperti Selangor. Ini juga yang terjadi ketika pilihan raya kecil Kajang baru-baru ini.

"Apabila mahkamah tidak membenarkan Anwar bertanding, dengan segera Wan Azizah digantikan. Kini perkara itu berulang kembali. Apakah rekod yang Wan Azizah ada sehingga boleh dilantik mentadbir sebuah negeri? Mungkinkah selepas ini Nurul Izzah akan menggantikan ibunya pula? Inilah sebenarnya corak pemerintahan pembangkang," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berpendapat, Anwar begitu ghairah dan 'gila kuasa' sehingga sanggup 'bermati-matian' mahu memastikan kuasa berada dalam tangan beliau dan keluarganya sahaja.

"Anwar tidak pernah berbuat apa-apa untuk rakyat. Apa sahaja yang dilakukan olehnya berdasarkan kepentingan peribadi semata-mata. Untuk itu, beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk meletakkan isteri dan anak-anaknya dalam permainan beliau. Ingat Wan Azizah suka hendak menjadi Menteri Besar?" ujar beliau.

Tambah Lum Yong yang merupakan antara pengasas parti tersebut, amalan nepotisme sememangnya wujud dalam PKR sejak dulu lagi.

Malah dakwanya, Anwar yang juga Penasihat PKR, telah menyusun pentadbiran parti tersebut mengikut acuan sendiri dengan memilih individu tertentu mengisi jawatan-jawatan penting.

"Ini termasuklah dengan melantik isterinya, Wan Azizah sebagai Presiden parti tersebut selain anaknya, Nurul Izzah dan beberapa orang kepercayaannya. Ini adalah cara Anwar. Semua orang tahu perkara itu. Yang tidak tahan telah keluar seperti saya dan rakan-rakan yang lain, yang masih tinggal terpaksa mengikut telunjuk Anwar demi kuasa dalam politik," katanya,

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pembangkang sentiasa menyuburkan pemerintahan autokrasi kerana pemimpin berkenaan boleh berbuat apa sahaja demi memenuhi kehendak sendiri.

"Anwar sanggup menjadikan Wan Azizah sebagai boneka dan Wan Azizah sendiri sanggup diperlakukan demikian kerana suaminya. Beliau beruntung kerana mendapat anugerah seorang isteri yang taat.

"Seandainya ini berterusan, rakyat akan kembali beralih arah kepada BN (Barisan Nasional). Sehingga hari ini, rakyat diketepikan kerana mereka sibuk dengan politik dalaman parti. Rakyat mengundi kerana mahu kebajikan mereka dijaga, pembangkang hanya pandai bercakap untuk mendapatkan undi. Selepas itu, semuanya dilupakan begitu sahaja," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana