Tinggalkan PAS Jika Tak Suka DAP Dan PKR...Apa Lagi Ahli PAS Tinggalkan Jer PAS ni

SHAH ALAM 28 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mencabar pemimpin dan ahli Pas yang tidak bersetuju parti mereka bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya keluar parti atau melepaskan jawatan masing-masing

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, tindakan itu perlu diambil kerana kehadiran golongan tersebut hanya akan menimbulkan masalah dan menjejaskan hubungan antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Menurutnya, tidak seharusnya kerjasama sedemikian dipersoalkan memandangkan hasil pendekatan tahaluf siyasi itu telah dipersetujui dalam muktamar parti sebelum ini.

"Orang Pas dari bawah sampai ke atas, jika tidak suka tahaluf siyasi, tinggalkan Pas. Jika tidak mahu bersama pakatan pembangkang, tinggalkan Pas. Jika mahu menjadi UMNO, Barisan Nasional (BN) atau bersendirian, keluar daripada Pas.

"Tidak payah nak timbulkan masalah dalam Pas dengan berusaha untuk membawa ke arah yang tidak diinginkan," katanya dalam sidang akhbar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana