TERKINI: Khalid pecat keenam-enam Exco DAP dan PKR.

Panas macam pisang panas politik Diselangor ketika ini...Cayalah MB Khalid memecat EXCO DAP DAN PKR.Admin tabik sama lu.

SHAH ALAM 8 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan telah memecat serta merta kesemua Exco daripada DAP dan Parti Pakatan Rakyat.

Menurut Khalid, beliau telah menulis surat untuk memaklumkan dan memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatan berkenaan semalam.

Alasan pemecatan yang dipersembahkan kepada Sultan adalah kesemua Exco berkenaan telah berpakat dan mewujudkan satu blok yang bertujuan untuk melemahkan perjalanan pentadbiran negeri.

"Saya telah menghantar surat pemecatan berkenaan kepada semua mereka kecuali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga daripada PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negeri.

"Pemecatan ini berkuat kuasa serta merta," jelas beliau kepada media ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco daripasa Pas.

Terdahulu, Exco-exco daripada kedua-dua parti DAP dan PKR berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan bersama menyatakan akan terus melaksanakan tugas sebagai mereka.

Khalid bagaimanpun tidak mengulas mengenai kenyataan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana