Tak Pasal Pasal Khalid Diarah Beri Penjelasan - Lembaga Disiplin PKR

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meneruskan proses tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganannya mengosongkan kerusi panas Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Abdul Khalid diarahkan hadir pada sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR pada pukul 3 petang Jumaat (esok) susulan jawapan bertulisnya berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap beliau sebelum ini.

Notis arahan hadir ke sesi pendengaran itu dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Khamis.

"Sekiranya masa dan tarikh tersebut tidak sesuai, Lembaga Disiplin turut mencadangkan masa dan tarikh lain iaitu sebelum pukul 12 tengah hari pada 9 Ogos (Sabtu).

"Beliau turut akan diminta memberi penjelasan berkenaan perkara berikut iaitu penstrukturan air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman dengan Bank Islam dan cadangan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex)," katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, menerusi jawapan bertulisnya berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan PKR, Abdul Khalid mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid menyifatkan tindakan PKR untuk memaksanya melepaskan jawatan Menteri Besar dibuat secara pramatang dan 'tidak boleh dilakukan'.

Jelas beliau, PKR meneruskan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkannya tanpa persetujuan sepenuhnya sekutu Pakatan Rakyat serta tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana