Tahniah PAS Berani Buli DAP Dalam Isu Dr Zuhdi

Sebelum ini PAS sering dikaitkan dengan ketidak tegasan mereka dalam mempertahankan hak umat Islam dan bangsa Melayu apabila dilihat seolah-olah “tunduk” dan “sujud” terhadap segala kemahuan DAP. Namun isu terbongkarnya kontroversi mesej Whatsapp Dr Zuhdi telah menukar persepsi kita ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kontroversi mesej Whatsapp telah menyentuh krisis pertukaran MB Selangor. Beliau juga tidak menafikan menulis mesej itu. Ironinya juga Dewan Pemuda PAS (DPP) jugatelah membuat kenyataan menyokong penuh Dr Mohd Zuhdi Marzuki walaupun telah “ditegur” oleh DAP.

PAS dengan beraninya dan sinis telah meminta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat untuk berhenti menghentam PAS dalam isu Whatsapp yang sebenarnya hanya merupakan analisis Dr. Zuhdi sebaliknya menumpukan kepada permasalahan dalaman parti masing-masing.

Rafizi dan pimpinan PKR yang lain sepatutnya menumpukan fokus mereka untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR seperti Mesyuarat Agung Pemilihan peringkat cabang-cabang dalam PKR yang masih belum selesai. Manakala Anthony dan Tony dalam DAP pula perlu berkerjasama dengan Lim Guan Eng untuk selesaikan masalah yang wujud dalam DAP Sarawak yang baru-baru ini dengan jelas membuat resolusi mahu keluar dari Pakatan.

Walaupun DAP telah menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

Ketegasan PAS dalam mempertahankan hak mereka dalam soal ini amatlah dipuji. Akhirnya mereka tidak lagi membiarkan diri mereka ditindas oleh pakatan. Malahan mereka pula bertindak seolah-olah “membuli” DAP pula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana