Surat tunjuk sebab: Anwar mahu 'checkmate' PAS - Sumber

KUALA LUMPUR: Surat tunjuk sebab yang dihantar Lembaga Disiplin PKR kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memintanya meletak jawatan dilihat tekanan kepada PAS supaya memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baharu.

Ia berikutan mesyuarat PAS untuk menentukan pendirian mengenai isu berkenaan yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos ini, dua hari selepas tarikh tamat Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Menurut sumber dalaman PKR, sekiranya Abdul Khalid dipecat sebelum 10 Ogos, MB itu akan kehilangan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan 15 ADUN DAP yang merupakan majoriti anggota ADUN Selangor.

"Hal ini akan memaksa PAS untuk menerima keputusan PKR termasuk menamakan Wan Azizah sebagai calon MB.

"PAS sehingga kini dilihat masih berpendirian tidak menerima calon MB Wanita," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Pada Rabu, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Disiplin PKR meminta Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Tee Kwong menambah, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju untuk memilih Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baharu.

Kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi).

Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana