Strategi Anwar, DAP Jadikan Wan Azizah Menteri Besar Boneka Di Selangor

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, percaturan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas amat berbahaya kepada masa depan orang Melayu.

Ini katanya, Penasihat Umum PKR itu menjadi alat kepada parti rasis, DAP dan terbukti berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Beliau mendakwa, usaha menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang didalangi Anwar mendapat sokongan kuat daripada DAP.

“Anwar dan rakan subahatnya, DAP mahu menjadikan Selangor sebagai tapak permulaan melancarkan gerakan bersepadu menguasai negara ini walaupun caranya bertentangan dengan amalan demokrasi,” tegasnya.

Bagi menjayakan misi tersebut, beliau berkata ‘Langkah Kajang’ merupakan strategi Anwar dengan meletakkan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Tambah beliau, jika usaha Anwar menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor berjaya tetapi ‘kuku’ sebenar di sebalik pentadbirannya adalah daripada DAP.

“Wan Azizah hanya sekadar dijadikan boneka, segala-galanya dicaturkan oleh DAP,” tegasnya.

“Untuk menguasai sepenuhnya pentadbiran negeri Selangor, Khalid perlu disingkirkan walaupun Menteri Besar itu tidak melakukan sebarang kesalahan,” tegasnya.Oleh sebab itu katanya, Anwar dan DAP tidak mempedulikan mesej jelas daripada Sultan Selangor yang perkenan Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Katanya lagi, penentangan secara terbuka rakyat Selangor terhadap pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar juga tidak diendahkan oleh Anwar.

“Perlakuan rakus Anwar yang langsung tidak menghormati suara rakyat dan istana Sultan Selangor membutkikan bahawa mereka mempunyai agenda untuk menguasai sepenuhnya negeri tersebut,” katanya.

Beliau bimbang agenda politik Anwar yang disifatkan sebagai amat radikal dan berbahaya kepada masa depan rakyat terutama orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menjelaskan, pendedahan beberapa siri demonstrasi yang didalangi Anwar sebelum ini membabitkan perbelanjaan jutaan ringgit memberi jawapan kepada usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi sistem pilihan raya.

“Saya khuatir wang akan dipergunakan oleh Anwar untuk menjayakan misi politiknya dan Selangor pula merupakan negeri yang terkaya di negara ini,” tegasnya.

Beliau mengingatkan budaya politik jalanan dan demonstrasi haram merupakan budaya kotor yang cukup sinonim dengan Anwar.

“Kita tidak boleh memandang mudah perkara ini, mungkin Anwar cuba mencontohi demonstrasi politik ala ‘Arab-Spring’ dan apa yang berlaku di Thailand,” tegasnya.

Katanya, gerakan politik melampau Anwar jika tidak ditangani dengan baik dikhuatiri akan menjahanamkan kestabilan negara ini.

“Kita tidak mahu negara kita hancur kerana perbuatan khianat Anwar yang sanggup menghalalkan cara untuk berkuasa,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyelar sikap tidak konsisten Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung krisis politik di Selangor.

Menurut beliau, tindak-tanduk PAS yang turut bersekongkol dengan Anwar dan DAP amat mengecewakan rakyat.

“PAS hanya bertopengkan agama untuk membohongi rakyat, mereka tergamak menjual harga diri kerana ingin menjaga kepentingan politik,” tegasnya – umnobahagiancheras

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana