Status Penasihat Ekonomi Selangor Akan Ditentukan Kelak...Nak Tahu Siapa "KETUM"

SHAH ALAM 13 Ogos - Status Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan kelak sementara cadangan untuk menggantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipecat mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pentadbiran kerajaan negeri bagaimanapun ketika ini hanya memberi fokus utama terhadap pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

"Harap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat diutama dan diteruskan. Buat masa ini pentadbiran kerajaan negeri dilakukan oleh saya bersama 4 exco dan bekerja bersama penjawat awam untuk tentukan ia berjalan dengan mantap.

"Tumpuan kita kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran. Jika kelicinan pertadbiran tidak memerlukan pertukaran (rombakan) maka kita tidak akan melakukannya. Kita hanya berminat untuk meneruskan pentadbiran negeri dengan suasana harmoni dan terus menjadi negeri yang produktif dalam negara. Mengenai penasihat ekonomi Selangor, ia akan dibincangkan oleh exco. Apa-apa keputusan samada tambah exco, perlu mendapat perhatian dan kelulusan DYYM."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri MMKN dipejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)hari ini.

Sementara ketika ditanya samada berhasrat untuk membawa masuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti UMNO ke dalam pemerintahan negeri, Abdul Khalid berkata ia juga perlu dibincang bersama Exco dan mendapat kelulusan Sultan Selangor.

"Saya akan berbincang dengan Exco dan Sultan Selangor. Buat masa ini perkara itu tidak berbangkit," ujar beliau.

Sebelum ini Abdul Khalid mengesahkan penamatan khidmat lima orang Exco kerajaan negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang berkuatkuasa semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana