Senario 'kemungkinan - kemungkinan' di Selangor

Mahu tidak mahu sekarang ini kita terpaksa juga bercakap mengenai situasi serba mungkin dalam kemelut politik PKR Selangor ini.
Samada, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan secara aman, atau PKR batalkan niat ganti beliau, atau Abdul Khalid dipecat kemudian masuk PAS dan meneruskan tugas macam biasa jika ada sokongan majoriti ADUN.

Atau...ini kemungkinan paling ditunggu-tunggu, Abdul Khalid mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyampaikan hasrat membubarkan DUN.

Jika itu berlaku, keputusan untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri terletak sepenuhnya atas budi bicara Sultan Selangor.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod berkata, persoalan sama ada berlaku pilihan raya di Selangor bergantung kepada keputusan Sultan Sharafuddin untuk membubarkan DUN dan tiada pihak lain termasuk parti politik mempunyai kuasa dalam hal tersebut.

Katanya, dalam kemelut pelantikan Menteri Besar baharu di Selangor, Abdul Khalid hanya boleh dipecat menerusi undi tidak percaya terhadap beliau oleh ADUN dengan majoriti biasa sekiranya enggan melepaskan jawatan tersebut.

"Jika ada undi tidak percaya, menteri besar wajib meletakkan jawatan kecuali beliau memohon Sultan Selangor membubarkan DUN. Jika Sultan Selangor enggan, baginda boleh melantik menteri besar baharu daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

"Ini bermakna jika Sultan Selangor tidak membubarkan DUN, maka tiadalah pilihan raya di negeri itu. Pihak-pihak lain tidak mempunyai kuasa dalam soal ini. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan pembubaran DUN dalam keadaan sedemikian adalah budi bicara baginda,'' katanya dipetik dari Utusan.

Abdul Khalid ddalam surat jawapan tunjuk sebabnya memberitahu PKR bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan sebagai MB.

Selangor mempunyai 56 DUN, terpecah kepada 15 PAS, 15 DAP, 14 PKR dan 12 BN.

Khalid sehingga kini disokong oleh semua ADUN PAS, empat ADUN PKR, dua ADUN DAP dan bila-bila masa sokongan dari ADUN BN jika diperkenankan oleh parti.

PKR dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor jika gagal menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baharu secara lancar.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya tersebut terpaksa diadakan sekiranya parti itu tidak mempunyai pilihan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Menteri Besar Sela­ngor yang baharu.

Dalam pada itu, Nik Kamal berkata, jika pilihan raya tetap dilakukan di Selangor, rakyat negeri itu mempunyai peluang kedua untuk menentukan kerajaan baharu sama ada ingin meneruskan dengan pakatan pembangkang sebagai pentadbir negeri atau memilih semula Barisan Nasional (BN).

Katanya, PKR boleh diramalkan hilang beberapa kerusi DUN atas dasar kehilangan kepercayaan pengundi terhadap parti itu kerana masalah dalaman yang timbul ekoran krisis penggantian menteri besar dan masalah ketika pemilihannya baru-baru ini.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, pakatan pembangkang boleh kehilangan kuasa di negeri Selangor jika pilihan raya diadakan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan wujud percanggahan pendapat sesama mereka khususnya antara pemimpin PKR dan Pas berhubung isu Menteri Besar.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, situasi yang berlaku itu memberi ke­lebihan kepada BN khususnya dalam meraih sokongan pengundi Melayu yang bosan dengan perkembangan berkenaan, namun masih memerlukan kerja kuat bagi mendapat undi kaum Cina.

"Rakyat Selangor kini berasa bosan selepas memberi kepercayaan majoriti dua pertiga kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu tetapi membawa masalah dalam pentadbiran negeri dengan terlalu banyak berpolitiking sehingga matlamat menunaikan amanah terpinggir.

"Orang Melayu mungkin akan memberi lebih banyak sokongan kepada BN, namun MCA dan Gerakan perlu memainkan peranan agresif untuk menarik sokongan pengundi Cina," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana