Semakin Panas!!!!!! 'Kami Undi untuk Kamu Perintah Negeri, Bukan Pakat Suami Isteri'

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Krisis kepimpinan negeri Selangor yang semakin tenat telah memberi kesan terhadap para penyokong yang memberi kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu.

Pemilik laman Facebook bernama 'Ustaz Ghazali Omar' menarik minat beberapa penggemar laman sosial itu setelah menghasilkan satu nukilan setelah melahirkan rasa kecewanya terhadap konflik perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang dilihat seolah-olah mengkhianati perjuangan rakyat.

"Kami undi untuk kamu perintah negeri, Bukan untuk kamu bergaduh berkelahi, Kami undi agar kamu berpakat sebulat hati, Bukannya hanya berpakat suami isteri," katanya dalam ruangan Facebook miliknya itu.

Nukilan itu dilihat merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau turut membangkitkan kembali suasana ketika kempen PRU13 apabila pimpinan Pakatan Rakyat Selangor menyeru para pengundi bermati-matian mempertahankan parti yang dianggotai DAP, PKR dan PAS ini merupakan parti yang memperjuangkan hak rakyat.

"Sekarang semua rakyat Malaysia terutama rakyat Selangor sendiri dapat menilai siapa sebenarnya mereka dan apa perjuangan mereka sebenarnya," katanya.

Berikut merupakan Nukilan yang dihasilkan beliau : -

Luahan hati seorang pengundi.

Kami undi untuk kamu perintah negeri.
Bukan untuk kamu bergaduh berkelahi.
Kami undi agar kamu berpakat sebulat hati.
Bukannya hanya berpakat suami isteri.

Kami undi agar kamujaga kebajikan kami.
Bukannya untuk kayakan diri.
Kami undi agar hukum agama dihormati
Bukan untuk dibelakangi.

Kami undi agar kebajikan rakyat diberi
Bukannya rakyat diabai dan dianiayai.
Kami undi agar senanglah kami cari rezki.
Bukannya hidup dalam takut tidak terperi.

Kami undi agar anak anak kami mudah mengaji.
Bukannya untuk menyusahkan kami tercari cari.
Kami undi kamu jadilah menteri.
Jangan susahkan kami undi sekali lagi.

Bimbang juga sokongan rakan kami akan lari.
Akibat jemu didalam hati.
Melihat perangai kamu yang asyik berkelahi.
Hingga tak kenal saudara sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana