Semakin Panas!!!! Jika DAP boleh ugut keluar PR... kenapa PAS tak boleh - Nasrudin

NASRUDIN CABAR PENGKHIANAT DEDAH SEMUA 115 MUKA SURAT PERBINCANGAN KELUAR PR Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?

Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.

PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.

Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.

Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.

Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...

"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"

Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.

Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.

PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.

"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.

Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.

"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.

Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.


Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana