Sajak Khas Hari Kemerdekaan - Bapakku seorang KETUM

Bapakku seorang KETUM dalam parti autokrasi..
joget dan bollywood dia tahu menari..
hari-hari meeting...
hari-hari outstation..
sampai pagi konon menghargai
kesetiaan para pengabdi yang menyokong dia sebagai KETUM ABADI

Di atas podium di hadapan rakyat..
orang-orang kampung jauh terpencil..
lidah bapaku petah bersilat..
uratnya tegang mata terjegil.......

Bapakku pakar pintar teori mulut berbuih mata..
melilau bersembur serapah segala jampi
orang-orang kampung batuknya hijau..
Kitab sejarah dan hadis Nabi jadi hafalan bapaku..
bestari rakyat marhaen ditaburi janji.........

Tidak siapa tahu bapakku gergaji bermata dua..
sondol sana - sondol sini
dia main tutup mata
orang-orang kampung terlopong dengan mata terbuka.....

Bapakku seorang KETUM dalam parti autokrasi..
ibuku bertuah diperjuang untuk jadi EMBI..
diajarnya ibu menjadi proxy..
untuk mengaut dana negeri RM3.2B.....

Oh alangkan bertuah ibuku isteri bapak..
bapakku KETUM , ibu aku jadi boneka maksum..
masing-masing putar belit..
masing-masing pintar teori.
.masing-masing isi perut dan tembolok sendiri....

Bapakku seorang KETUM dalam parti autokrasi....-
dalam parti tak habis-habis berkelahi..-
kes mahkamah tak habis-habis ditundai.................

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana