Rodziah tak sokong Khalid...nak letak jawatan Exco

Tandatanya mengenai halatuju Exco Kerajaan Negeri dari parti PKR ,Rodziah Ismail dalam isu krisis jawatan Menteri Besar Selangor terjawab.Beliau sebelum ini tidak tersenarai dalam barisan Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berada di luar negara.

Rabu malam,Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Tiga pulang dari Bangkok dimana beliau sedang mengikuti satu kursus.

Portal Malaysiakini.com melaporkan Rodziah yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata beliau akan letak jawatan.

Katanya beliau tidak sokong Khalid kerana tetap mahu bersama Pakatan Rakyat.

Khalid semasa sidang akhbar tengahari Rabu kata Rodziah akan dikekalkan pada jawatan AExco sekiranya menyokong beliau dan sebaliknya akan turut dipecat jika tidak.

Sebelum berlegar desas desus beliau mungkin salah seorang ADUN PKR yang akan menyokong Khalid kerana diketahui umum rapat dengan Menteri Besar itu.

Mereka berganding satu team dalam pemilihan PKR dimana Rodziah bertanding bagi jawatan Ketua Wanita PKR dan Khalid Timbalan Presiden.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana