Ribuan Sertai Himpunan 'Selamatkan Anak-Anak Gaza' Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.


"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana