PUNCA SEBENAR DAP ANGGAP KHALID IBRAHIM PENGKHIANAT

KRISIS SUDAH TIDAK ADA JALAN KELUAR.
Dengan pendedahan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor  Khalid Ibrahim oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang dokumennya akan disebarkan mulai esuk  dan   tindak  balas Khalid mencabar  supaya diadukan kepada pihak berkuasa  dan akan mengambil tindakan udang- undang kepada pihak yang menuduh , maka krisis PR dan juga kerajaan negeri Selangor memasuki keadaan yang semakin meruncing dan membayangkan tidak ada lagi jalan keluar sebaliknya sedang menunggu suatu letupan besar. Bacalah berita terkini yang dipetik dari The Star online di bawah ini.

PUNCA SEBENAR......

Kenaapa DAP bagitu marah dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan meanggap beliau sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat (PR)  apabila anggan menyerahkan jawatan  MB Selangor kepada Wan Azizah isteri  Pemimpin Agung PR Anwar Ibrabim.?

Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah  orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja . Orang Melayu tidak banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa.

Pengharapan adalah sama dari kalangan usahawan dan perniagaan Cina dari  DAP terhadap kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim. Apa gunannya kuasa kalau tidak boleh dibahagikan rezki antara ahli parti yang akan dapat membalas budi untuk meluaskan dan memperkuatkan parti.

Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam UMNO dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  cukup memahami stratiji ini. Parti Keadilan juga ada kroni dan DAP tentunya mempunyai  penyokong parti yang mengharapkan peluang besar dalam perniagaan dan keusahawanan di negeri Selangor yang kaya raya.

Mereka mengharapkan segala "kemudahan" yang dinikmati selama ini oleh kroni UMNO,MCA, MIC dan lain lain parti komponen BN  akan juga dirasakan oleh mereka tetapi Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka.

Khalid  tidak pandai bermain politik wang dan inilah   juga  yang menyebabkan beliau tidak popular ketika berada dalam  UMNO. Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenaapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah,kroni dan sebagainya.

Selain dari itu Khalid  juga berhati- hati dalam pekara yang menyentuh kesucian dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis agama dan istitusi agama yang berkuasa dalam kerajaan negeri. Hal ini terserlah dalam masalah bible,hudud dan lain- lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme  UMNO.

Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira  mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik  dengan menggunakan kepakaran suaminnya yang telah mempelajarinya semasa dalam UMNO dan BN.Malah Anwar Ibrahimlah yang merintis politik wang dalam UMNO.

Jika BN telah melakukannya maka apakah salahnya PKR melakukannya tetapi tidak bagi Khalid Ibrahim yang tidak bijak bermain politik.

Khalid tidak seharusnya lagi  dianggap sebagai loyalist kepada Anwar Ibrahim kerana beliau telah menjadi punca kepada hilangnya maruah dan penghormatan Anawar  pada   pandangan umum bila Khalid  menampar mukanya  dengan menolak isterinya Wan Azizah kepada taraf pembantu rumah PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana