Pulak Doh Yang Mana Satu Ni.....Kenyataan Media Sokong Azmin Jadi MB Bukan Palsu

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kenyataan yang diedarkan kepada media pada sidang media mengatakan sokongan terhadap ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar bukan palsu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan yang diedarkan semalam itu dipersetujui PKR Selangor ketika mesyuarat diperingkat negeri baru-baru ini.

Kenyataan Shuhaimi turut disokong oleh Ketua Setiausaha PKR negeri Amiruddin Saari.

Mereka berdua mendakwa, perkara tersebut sepatutnya diumumkan oleh Timbalan Pengerusi PKR Zuraida Kamaruddin semalam.

Zuraida ketika sidang media tersebut menyatakan pendiriannya sebagai wakil PKR Selangor menyokong pendirian parti mendesak Khalid meletakkan jawatan dan menamakan ADUN Kajang merangkap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti.

Ketika ditanya wartawan mengenai percanggahan maklumat pada kenyataan media, Zuraida kemudiannya enggan mengulas lebih lanjut dan segera menamatkan sidang akhbar tersebut.

Jelas Zuraida, kenyataan 'menyokong Azmin' adalah palsu dan penjelasan yang diumumkannya pada sidang media tersebut meerupakan pandangan rasmi parti.

Menurut laporan Malaysiakini, Wan Azizah kini mendapat bantuan kuat daripada penyokong pro Azmin yang dipaksa untuk menentang Khalid demi mendesak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu meletakkan jawatan.

Laporan tersebut turut menyebut, Zuraida dan Dr Xavier Jayakumar yang berdiri teguh dibelakang Azmin juga turut dipaksa menyokong Azizah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana