Polis buru dalang sebar info palsu pergaduhan di Pandamaran

Polis menafikan penyebaran khabar angin mengenai satu kejadian memotong tangan enam pelajar tahfiz di Pandamaran, Klang semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menegaskan cerita berkenaan sengaja direka dan sebarkan bagi menimbulkan kegusaran kalangan masyarakat.

“Penyebaran ini dilihat cuba menimbulkan kegusaran kalangan masyarakat. Walaubagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat berkenaan,” katanya.

Abdul Rahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai apa juga berita yang belum disahkan pihak berkuasa khususnya PDRM.

“Kejadian di Pandamaran, Klang itu tidak benar dan palsu semata-mata,” katanya.

Sehubungan dengan itu pihaknya kini sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

"Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana