PKR Pecat Ketua AMK Kuantan,Gantung Lima Ahli

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keahlian Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor dan menggantung keahlian lima anggota parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Aidil Haryman dipecat kerana secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti PKR.

Manakala, lima ahli yang digantung keahlian terbabit kerana menyertai sidang media menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.

“Aidil Haryman memaparkan gambar beliau membakar bendera parti yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. Beliau mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar dipecat. Aidil Haryman dengan ini dipecat daripada PKR.

“Mereka yang digantung keahlian pula ialah Dr. Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang PKR Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad (Cabang PKR Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang PKR Selayang) dan Rosmah Suly (Cabang PKR Batu),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kee Kwong berkata, kelima-lima ahli PKR terbabit digantung keahlian PKR sehingga siasatan ke atas mereka yang dijalankan oleh parti berkenaan selesai.

Menurutnya, kesemua ahli PKR itu didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Media pada 2 Julai melaporkan Pasmeb menggesa lima pemimpin PKR menutup mulut dan berhenti daripada meminta Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Sambil menyifatkan kelima-lima individu itu sebagai ‘budak nakal’ kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Presiden Pasmeb, Mazli Saring dipetik berkata, mereka tidak layak berbuat demikian kerana bukan rakyat Selangor.

Menurut Mazli, lima pemimpin PKR tersebut iaitu Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan merupakan rakyat Terengganu; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berasal dari Melaka; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (Perak); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Sahri (Johor) dan ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie (Perak).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana