PKR 'mati kutu' nak selesai isu Khalid...

Mengelegak habis kisah PKR nak buang MB sendiri di Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim... isu yang biasa-biasa ini jadi panas berikutan ketidakcekapan pegawai-pegawai disekeliling Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan isu.
Selain itu, sifat gelojoh Anwar, yang tetap mahukan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB, lebih parah lagi.

Ramai yang lihat perkara itu sebagai tindakan nepotisme... cuba sebab kawan-kawan yang buat, orang macam Ambiga dan Samad Ismail yang kononnya pro rakyat diam menyepi.

Di sebalik 'benci' habis pada Abdul Khalid, kumpulan pegawai Anwar di Tropicana Damansara, tidak boleh buat apa-apa untuk menyingkirkan Khalid.

Kerana kedudukan beliau sebagai MB hanya boleh 'disingkirkan' melalui dua cara, beliau sendiri letak jawatan, atau undi tidak percaya di DUN Selangor.

Masalahnya untuk panggil sidang DUN, merupakan arahan Sultan atas nasihat Menteri Besar.

Sebab itu, nampak di satu pihak tidak ada cara lain bagi menyelesaikan kemelut politik di Selangor.

Satu cara sahaja...iaitu pilihanraya negeri untuk membiarkan rakyat memilih semula parti yang mereka mahu sebagai kerajaan di Selangor.

Parti yang mendapat kuasa itu boleh memilih MB yang mereka mahu.

Itu lebih demokratik dan diterima ramai, daripada cara 'rampasan kuasa' ala Anwar Ibrahim ini.

Sementara itu, dalam perkembangan baru tengahhari Selasa,  Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman blog semalam.

Menurut Abdul Khalid, sehingga hari ini, beliau masih lagi ahli PKR dan tiada kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut.

"Saya tidak ada (dipecat)..sebenarnya saya tidak menerima apa-apa surat daripada parti.

"Oleh sebab itu, saya tidak perlu buat apa-apa kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita selepas dipanggil sebagai saksi berhubung isu saman tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Beberapa laman blog termasuk sebuah laman portal berita melaporkan Abdul Khalid mungkin akan dipecat sebagai ahli PKR sekiranya beliau masih enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam satu laporan memetik sumber, Malaysiakini melaporkan Abdul Khalid enggan mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah seperti yang diarahkan parti.

Wan Azizah dikatakan mahu memujuk Khalid seupaya berundur atau menerima tekanan lebih hebat dari parti.

Sementara itu satu lagi sumber yang hampir dengan ibupejabat PKR menyatakan bahawa perteman itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan.

"Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid. Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana