PKR Beri Amaran Kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – PKR hari ini memberi amaran kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengusulkan cadangan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jika Abdul Khalid terus bertegas untuk menghadap Tuanku tentang hal itu, ia hanyalah mahu mensabotaj mandat dan kepercayaan pada PRU13 lalu.

“Saya ingatkan Tan Sri Khalid dengan berbaki integriti dan nama baik itu, sebaik-baiknya uruskan peralihan kuasa dengan menghormati suara rakyat.

“Jangan berani sabotaj rakyat dengan membubarkan Dun Selangor, kerana berbulan-bulan kami tutup perkara ini (kes Khalid) sehinggalah terpaksa diambil oleh Biro Politik.

“Yang sudah itu sudahlah, bersara, hutang pun sudah habis bayar, jangan susahkan rakyat, tambahan lagi Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti 30 Adun walaupun tanpa surat daripada Pas,” katanya menggulung ucapan Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR, di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana