Perli Terbaik Ni!!!! Takziah Buat Hadi Awang - Mursyidul Am TIBAI

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini memberikan ucapan takziah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas Selangor yang membuat keputusan untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Muhammad Zahid berkata, tindakan dua Adun Pas yang menyokong Wan Azizah secara 'membabi buta' untuk menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim jelas membelakangkan beliau sebagai presiden parti, Jawatankuasa Pas pusat serta Majlis Syura Ulama Pas.

"Sekarang saya tahu, Abdul Hadi tahu bagaimana rasa dikhianati .Selama ini dia sering menuduh Umno mengkhianti Pas, tetapi nyata kini, Pas dikhianati oleh Adunnya sendiri," katanya kepada RakyatNews di sini.

Tambah Muhammad Zahid, keputusan dua Adun Pas yang menyokong Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid ini turut menunjukkan bahawa tiada lagi penghotmatan yang diberikan untuk Abdul Hadi sebaliknya penghormatan tinggi diberikan buat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan dua Adun Pas ini ada hikmahnya. Ternyata tindakan dan kata-kata yang dilemparkan oleh Abdul Hadi tiada harga berbanding Anwar. Janji manis yang Anwar lemparkan nyata lebih berharga dan bernilai daripada ungkapan Abdul Hadi.

"Saya ucapkan takziah kepada beliau (Abdul Hadi). Apa yang berlaku merupakan rahmat daripada Allah SWT," katanya yang turut terkejut dengan keputusan dua Adun Pas yang bertindak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Hari ini, dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnol Baharuddin (Morib) mengumumkan untuk memberi sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Menurut Saari, beliau bersedia untuk menjadi wakil rakyat bebas jika Pas Pusat enggan menyokong Wan Azizah manakala Hasnol pula mahu Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sudah tidak mendapat sokongan majoriti.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut mengucapkan tahniah dan penghargaan yang tinggi kepada Abdul Khalid kerana bersifat tenang dan bersahaja dalam menghadapi isu kemelut menteri besar di negeri Selangor.

"Tahniah saya ucapkan kepada Abdul Khalid kerana tenang menghadapi isu kemelut menteri besar dan kerakusan Anwar yang semakin menggila untuk meletakkan isterinya sebagai menteri besar yang baharu. Tahniah di atas ketenangan beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana