PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI KARANG MENGAMUK!!


penguatkuasa daripada Kerajaan Negeri Selangor datang ke kawasan kampung Parit 15 yang mana kes tanah hutan simpan belum selesai lagi untuk merobohkan rumah penduduk kampung.

Lebih kurang 20 buah kereta 4x4 terpaksa memberhentikan niat mereka kerana dihalang oleh penduduk kampung yang telah berkumpul sejak pagi tadi di laluan masuk utama ke kampung tersebut.

Dengan membawa tukul besar dan peralatan meroboh rumah dan struktur di dalam kampung itu, penguatkuasa yang diketuai wakil SUK Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor masuk dengan niat untuk merobohkan rumah.Keadaan cukup tegang apabila sebahagian penduduk kampung mula bertekak bila wakil kerajaan negeri itu mula meninggikan suara. Hampir pergaduhan tercetus, mujur polis dan rela ada untuk mententeramkan keadaan.

Nasib baik Adun Sungai Panjang, YB Budiman hadir tepat pada masanya. Selesai masalah apabila beliau sendiri mengarahkan rombongan kerajaan negeri ini balik.

Semakin dahsyat permainan kerajaan negeri ni. Tanah yang sudah diduduki lebih 30 tahun, baru hari ini nak dihalau keluar!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana